Ok..Buble ni bukan buih..bukan kuih juge...Buble adalah moto leen..leen yg bagi name die Buble..sebab kaler die biru putih(FYI, my sw33th3eart yg soh amek kaler nih)..so leen rase sesuai la dgn name die. Sebab terfikir watak kartun dalam PowerPuff Girl yg kaler biru tu name die Buble. So leen pun bagi la name Buble kat moto leen ni..

Perkenalkan..ni la Buble... (tepuk..tepuk..tepuk..)


Baru je amek 28/12/2009. Moto LC 135..Dah lame dok usha moto nie dari first model ag..So da mmg minat kan, last2 beli gak moto ni. Tu pun sebab nak pakai bawak pegi keje. Sebab leen malas nak bangun awal2 pagi nak kena tunggu bas. Mase ni lesen L ag...tapi tak lame ag insyaAllah pasni lesen P lak. Cume tunggu mase yg sesuai la..hihi..

First time bwk moto, lagi-lagi kat KL ni...hanya Allah je yg tau betapa takutnye leen kat atas jalan raye tu. Mane tak nye, kenderaan laen byk pastu laju2 lak..sape la kiter yg kecik nih..hehe...Lagipun before this mmg tak penah bawak moto. Naseb baek la my sw33th3art banyak membantu..die la yg ajar mcm mane nak bwk moto kat KL nie..Yela, time belajar pun pegi kelas jalan kaki je oke...Tapi dengan adenye sedikit simpanan mase bekerja dengan Dr. Marzanah dapatlah leen memiliki moto yg tak seberape ni. Syukur alhamdulilah...
27 Disember 2009 kami sekeluarga berjalan-jalan di hujung minggu. Oleh kerana ade 1 Water Park yg baru dibuka di Kluang ni, kami pun bercadang menghabiskan cuti hujung minggu di sana. Kalo tak silap tiket masuk seorang rm3 utk kanak-kanak, rm5 utk dewasa..Walaupun 2 orang dari family member leen tak dapat join atas urusan kerja, kami tetap bergembira di Kluang Water Park nie..



SARAWAK memang terkenal dengan kek lapisnya..yela, kek yang dibuat berlapis-lapis. Mesti susah nak membuatnye kan..Mak pernah gak buat kek ala-ala kek lapis. Name die kek masam manis. Kek ni dikukus..leceh sikit nak wat. Mana takna, wat selapis kena tunggu, baru leh lapisan yang seterusnya. Leh tertido wat kek ni..Whatever pun, insya-Allah satu hari nanti leen akan try gak wat kek tu. Wait and see! Haha.

By the way, gambar kat atas ni gambar kek yang lecturer leen bagi. Memang kek lapis Sarawak betul-betul..Tak tipu..Sedap! Kebetulan lecturer leen tu baru balik dari kursus kat Kuching. So, bagi la kek tu sebagai ole-ole. Beliau kata yang nama kek tu Kek Lapis Micheal Jackson. Tak percaya? Leen pun tak tahu betul ke tak. Betul la kot..yela ikut musim kot. Tapi yang peliknye tak nampak pun ciri-ciri kat kek tu yang ade kena mengena dengan Micheal Jackson. Cube korang tengok dengan teliti, korang ade nampak tak kenapa nama kek tu Kek Lapis Micheal Jackson? (masih tak berpuas ati...) Hiiiiish..ape-apela...yang penting sedapp untuk dimakan..haha
Sejak kebelakangan ini, banyak kejadian ragut-meragut telah berlaku..Berbagai jenis modus operandi yang telah digunakan oleh para peragut. Mangsanya orang yang tak bersalah..orang yang tak berdosa..dari nenek hingga la ke cucu, semua jadi mangsa ragut. Adakah anda mangsa seterusnya?

Buat si peragut, anda mungkin selamat di dunia tapi tidak mungkin di akhirat kelak. Anda bukan sahaja meragut harta benda mereka tapi meragut nyawa sekali. Berbaloikah tindakan anda itu? Hanya semata-mata kerana seutas rantai atau barang kemas atau sejumlah wang, nyawa insan yang tidak berdosa melayang???

Buat sesiapa yang menaiki motosikal meskipun pejalan kaki, tak kiralah anda seorang perempuan atau lelaki, tak kira rupa bentuk fizikal sama ada anda berbadan besar atau kecil, anda haruslah sentiasa BERHATI-HATI dan BERWASPADA. Sila pastikan barang-barang berharga tidak dipamerkan atau diletakkan di tempat yang boleh menjadi sasaran peragut. Memakai beg silang boleh mengundang peragut untuk meragut beg anda. Kalau boleh, elakkanlah memakai beg yang disilangkan pada badan atau beg yang disandang pada tepi bahu. Ini akan memudahkan peragut melakukan jenayah ragut.

Sebagai langkah keselamatan, leen sarankan agar korang memakai jaket atau sweater yang dapat sorokkan beg yang sedang dibawak oleh korang..tak pun kalau rase macam ada orang asing yang meragu-ragukan masuk kat jalan yang ramai orang..tak pun, kalau susah sangat terus je bawak motor masuk dalam balai..haha..
08 Dec 2009...akhirnya dapat gak leen beli novel baru Ramlee Awang Murshid yang bertajuk 9 Nyawa..pergi beli kat MPH, Alamanda, Putrajaya. mesti best ni..! Sebenarnya niat nak di hati nak beli 2 novel, Ramlee Awang Murshid ni ngan Aisya Sofea 'Yang Sebenarnya'..tapi nasib tak begitu baik..novel 'Yang Sebenarnya' telah abis dijual. so, tak dapek den nak nolong nye...haha.
So, leen decide cari 1 ag novel untuk menggantikan novel yang tak dapat dibeli tu..Cari punya cari akhirnya belilah sebuah novel yang bertajuk 'Baju Pengantin Mak Andam'. Harap2 best la novel ni..chow!
Leen dah berjaya masak tom yam..haha..sebab tak pernah try masak tomyam before this.tapi hari tu memang teringin makan tomyam, so leen pun try je la mne tau jadi ke..my housemates kate sedap..n leen pun rase sedap je..pasni selalu la masak tom yam..:)

So kat sini leen nak share la resipi tom yam yang leen wat tu..mane la tau ade orang nak try resipi ni ke..

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam (dipotong kecil)
2 biji bawang besar (dihiris bulat)
3 biji bawang putih (ditumbuk kasar)
20 biji batang cili padi (ditumbuk kasar) - lebihkan cili padi kalau nak lebih pedas
2 btg serai (dititik)
2-3 sudu besar pes tomyam - ikut rasa sendiri la. disyorkan guna pes tomyam dalam botol
bukan yang dalam paket tu...
5 helai daun limau purut
2-3 bii limau nipis (amek air perahan limau je) - ikut rasa sendiri nak masam lebih ke..
3-4 cawan air
garam, gula
minyak (sikit je..)
sayuran seperti bunga kobis, jagung muda, lobak, tomato

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang putih hingga wangi dan perang.
2. Masukkan ayam, kacau sekejap dan tutup periuk sebentar.
3. Masukkan air dan biarkan mendidih. Setelah itu, masukkan serai, bawang besar dan daun limau purut.
4. Masukkan cili padi, pes tom yam, sedikit garam dan gula.
5. Kemudian masukkan sayuran dan biarkan sekejap.
6. Last sekali, perah limau nipis, kacau sekejap dan matikan api.

Siap! Selamat mencuba...;)
Umur xla tua sangat n xla muda sangat...tapi baru nak amek lesen...bukan apa, dulu abah tak bagi..die kata nak amek lesen boleh tapi lepas dah abis blaja la..ape la..bla..bla..bla..So, leen pun ikutlah cakap abah..tu yang sekarang ni baru nak amek lesen..tu pun terkedek2 lagi..yela, kena cari masa nak pergi belajar tu sume...Mase mula2 nak amek ujian undang2 tu berdebar gak sebab takut gagal..yela, leen ni rabun jauh tapi bukan rabun warna la..takut tersilap nampak no berwarna2 tu..haha..Tapi akhirnya leen LULUS...Walaupun terdapat kekangan masa, alhamdulilah akhirnya leen dah memiliki lesen L..dan tak lama lagi lesen P akn menyusul..hahaha...
BFF..or known as Best Friends Forever..kali ni kter akan bercakap mengenai kawan ag..haha. Bukan ape leen nyer kawan ni macam2 ragam..tapi dah nama pun kawan kan...whatever, still our friends...am I right??...

For my bestfrens...leen nak korang tau yg 'sebagai manusia..aku sayang pada mu...'..apa pun keadaan korang, leen tetap akan support...jangan pendam kan masalah yg ada, just luahkan je kat leen..if u don't mind..korang tau kn leen ni good listener..(naik lif tekan sendiri..haha)..Mcm 'Hari Kawan Sedunia' lak sebab asyik citer pasal kawan...Tapi kawan lah menyebabkan hidup kiter macam pelangi..bermacam warna dan bermacam ragam2..yg kelakar...yg menggelikan hati..yg menyakitkan hati pn ade gak...yela, dah name nyer manusia kan.not perfect...So, untuk kawan-kawan sekalian hargailah kawan-kawan anda..sentiasalah ingat bahawasanya ada orang yang masih SAYANG pada kiter...chewahhhhhhhhh....