Hari Rabu yang lepas(17/02/2010), leen tengok wayang citer Lu Pikirlah Sendiri De Movie. Tengok citer ni sebab ade Nabil..haha..Nabil memang raja lawak..tengok muke die pun rase geli ati..hahaha. Anyway, komen leen untuk filem ni, it's quite interesting dari segi jalan cerita..bak pepatah Melayu mengatakan "dalam suka ada duka"..Macam tu gak dalam citer ni..ada komedi dan ada part yang sedih T_T.

Sinopsisnye:

Nabil hidup dalam keluarga yang serba kekurangan, tinggal bersama ibunya, seorang adik perempuan bernama Mila, seorang abang yang merupakan penagih dadah dan ayahnya yang lumpuh.Nabil merupakan seorang anak yang bertanggungjawab menyara keluarganya. Pelbagai pekerjaan yang dilakukan oleh Nabil untuk menyara keluarganya. Hidupnya yang sebelum ni aman damai menjadi huru-hara disebabkan seorang gadis bernama Tasha. Tasha telah hadir dalam Nabil dan akhirnya mereka jatuh cinta....

p/s:Nak tau citer ni dengan lebih lanjut tengok la sendiri ek..




Selalu kan kiter dengar perkataan ni..Rumahku Syurgaku..Leen baru pindah umah sewa lain awal tahun ni. Memang cantik rumah tu. Walaupun rumah tu sekadar rumah sewa tapi leen tetap jaga macam umah sendiri..Bukan apa, kat umah la tempat kiter nak berehat, tempat tidur, makan dan lain-lain. Rumah tu warna oren so kiter panggil die si Oren..Kat dalam umah lak dah dicatkan warna hijau cair..memang sedap mata memandang..


Walaupun penghuni yang menyewa si Oren ramai, leen tak kisah..Asalkan dapat menjaga rumah tu dengan baik, takde masalah..Leen memang pantang kalau umah bersepah2 ni..yela, nanti leen semak kepala,serabut..Yela, kiter kena lah jaga kebersihan baru lah selesa nak duduk umah tu..dah kata Rumahku Syurgaku kan...hahaha..Entri kali ni memang pelik sikit..sebab leen tak tau nak tulis pasal ape..tapi kalau bab umah2 ni memang penting gak la..especially pasal kebersihan umah dan menjaga umah dengan baik. By the way, jaga lah keadaan umah anda sebaik-baiknya..That's all..
PULAU PANGKOR. Tempatnya seindah nama....Just for mention ni lah tempat celebrate New Year 2010 (01-01-2010 until 03-01-2010). Cuti Tahun Baru hari tu, leen pergi bercuti ke Pulau Pangkor. Actually, perjalanan ni adalah konvoi bermotor.Haha..Memang best..Dari KL ke Lumut dengan Buble (nama motor saye..:P). Then, dari Lumut ke Pulau Pangkor naik feri..Naik feri dari jeti Lumut ke Jeti Pangkor Kecil ambil masa dalam 25 minit je..Buble pun dapat naik feri..Mesti dia seronok walaupun terpaksa jalan jauh..Takpe Buble..baru lepas servis kan..Mesti la tip top nak jalan jauh kan..Hahaha...

Ha..kan dah melalut sampai ke laut. Anyway, banyak gambar yang nak dikongsi bersama..tapi nanti lah kalau ada masa leen upload ek..Banyak tempat kat Pulau Pangkor yang kami pergi. Satu pulau kami pusing..Yelah, ada kenderaan sendiri takde masalah nak pusing satu pulau..Ni lah kelebihan kalau bermotosikal..Nak ke mana-mana pun senang..

Kalau nak cerita memang tak habis sampai ke malam..apa-apa pun Pulau Pangkor adalah tempat percutian yang best! Macam-macam aktiviti ada kat sana contohnye snorkelling, banana boat, fishing, kayak, boat tour dan macam-macam lagi la...Leen cadangkan kalau korang nak bercuti pergi la ke Pulau Pangkor...Korang takkan menyesal sebab tempat tu memang sangat cantik...Cuti-cuti Malaysia!