Kapal terbang dilarang terbang di atas bangunan Taj Mahal.
Paku besi tidak boleh digunakan pada kayu oak kerana asid di dalam kayu itu boleh mengaratkannya dengan cepat.
Bekas Presiden Amerika, Jimmy Carter adalah seorang pembaca yang pantas. Beliau berupaya membaca 2000 patah perkataan seminit.
Terdapat sejenis tiram di Kepulauan Carribean yang boleh memanjat pokok.
Di Pergunungan Andes, penduduk di kawasan itu biasanya mengukur masa dengan berapa lama sebatang rokok itu habis dihisap.
Bukan sahaja ular, malah manusia juga 'bersalin kulit'. seumur hidup kita 'bersalin kulit' kira-kira 1000 kali iaitu apabila sel-sel kulit yang mati digantikan dengan yang baru.
Pada tahun 1983, seorang artis Jepun, Tadahiko Ogawa telah embuat potret Mona Lisa yang kedua. Bukan dengan cat tetapi menggunakan serbuk roti!
Terdapat kira-kira 15 gram garam dalam setiap gelen air laut.
btul ke bulan 8 nnti harga minyak naik lagi..?