Sejak kebelakangan ini, banyak kejadian ragut-meragut telah berlaku..Berbagai jenis modus operandi yang telah digunakan oleh para peragut. Mangsanya orang yang tak bersalah..orang yang tak berdosa..dari nenek hingga la ke cucu, semua jadi mangsa ragut. Adakah anda mangsa seterusnya?

Buat si peragut, anda mungkin selamat di dunia tapi tidak mungkin di akhirat kelak. Anda bukan sahaja meragut harta benda mereka tapi meragut nyawa sekali. Berbaloikah tindakan anda itu? Hanya semata-mata kerana seutas rantai atau barang kemas atau sejumlah wang, nyawa insan yang tidak berdosa melayang???

Buat sesiapa yang menaiki motosikal meskipun pejalan kaki, tak kiralah anda seorang perempuan atau lelaki, tak kira rupa bentuk fizikal sama ada anda berbadan besar atau kecil, anda haruslah sentiasa BERHATI-HATI dan BERWASPADA. Sila pastikan barang-barang berharga tidak dipamerkan atau diletakkan di tempat yang boleh menjadi sasaran peragut. Memakai beg silang boleh mengundang peragut untuk meragut beg anda. Kalau boleh, elakkanlah memakai beg yang disilangkan pada badan atau beg yang disandang pada tepi bahu. Ini akan memudahkan peragut melakukan jenayah ragut.

Sebagai langkah keselamatan, leen sarankan agar korang memakai jaket atau sweater yang dapat sorokkan beg yang sedang dibawak oleh korang..tak pun kalau rase macam ada orang asing yang meragu-ragukan masuk kat jalan yang ramai orang..tak pun, kalau susah sangat terus je bawak motor masuk dalam balai..haha..